
Cara bagaimana Insurans Takaful hayat boleh memberi manfaat kepada anda serta keluarga anda.Takaful Sana Sini bersedia memberikan free preview
Wednesday, April 20, 2011
Sunday, April 10, 2011
Takaful Puteri
TAKAFUL PUTERI
Hayatilah hidup anda hari ni dengan kebebasan sepenuhnya.
Takaful Puteri
Penghargaan kepada Kaum Wanita
Peranan anda sebagai seorang anak, isteri, atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.
Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.
Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung kepada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.
Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.
Memperkenalkan Takaful Puteri
Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita. Rider ini boleh dikaitan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang istimewa:
Kami menyediakan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan anda.
Jumlah Dilindungi 50,000 100,000 150,000
bagi tempoh Hayat .
Setiap tuntutan akan mengurangkan Jumlah dilindungi bagi tempoh hayay. Apabila Jumlah Dilindungi bagi tempoh hayat ini telah digunakan sepenuhnya, Takaful Puteri akan terhenti.
1. Takaful Puteri
A. Manfaat Penjagaan Wanita
Hayatilah hidup anda hari ni dengan kebebasan sepenuhnya.
Penghargaan kepada Kaum Wanita
Peranan anda sebagai seorang anak, isteri, atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.
Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.
Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung kepada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.
Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.
Memperkenalkan Takaful Puteri
Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita. Rider ini boleh dikaitan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang istimewa:
- Takaful Puteri - Pelan ini memberi andan perlindungan terhadap pelbagai penyakit2 yang dihadapi oleh kaum wanita.
- Takaful Puteri Plus - Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.
Kami menyediakan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan anda.
Takaful Puteri & Pelan 1 Pelan 2 Pelan 3
Takaful Puteri Plus .Jumlah Dilindungi 50,000 100,000 150,000
bagi tempoh Hayat .
Setiap tuntutan akan mengurangkan Jumlah dilindungi bagi tempoh hayay. Apabila Jumlah Dilindungi bagi tempoh hayat ini telah digunakan sepenuhnya, Takaful Puteri akan terhenti.
1. Takaful Puteri
A. Manfaat Penjagaan Wanita
- Kanser berkaitan Wanita/Lupus Sistemik Eritematosus ( SLE) dengan Lupus Nefritis - Kanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopio, Ovari, Uterus, dan Faraj/Vulva ATAU Lupus Eritematosus Sistemik dangan Lupus Nefritis.
- Pelan Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus – 100% daripada jumlah dilindungi bagi tempoh hayat
- Karsinoma-In-Situ Payudara atau Uteri Serviks - Sekiranya anda didiagnosiskan menghidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% dari jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat.
- Pelan Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus – 30% daripada jumlah dilindungi bagi tempoh hayat
- Perlindungan bagi mana-mana kejadian dibawah
i. Artritis Reumatoid dengan Keumitan
ii. Pembedahan Rekonstruksi Muka akibat kemalangan
iii. Pemindahan Kulit akibat kelecuran
iv. Pemindahan Kulit akibat Kanser Kulit
v. Keretakan Osteoporotik pinggul/vertebra
vi. Pembedahan Rekonstruksi Payudara akibat kanser Payudara
- Pelan Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus – 30% daripada Jumlah dilindungi Sepanjang Hayat
B. Manfaat Penjagaan Ibu
· Komplikasi kehamilan
i. Penyebaran Penggumpulan Intravaskular (selepas 7 bulan mengadung)
ii. Kehamilan Luar Rahim
iii. Keguguran pada hujung Kehamilan (dari hari 126 ke hari 196 tempoh kehamilan)
iv. Kematian Janin (selepas hari ke-196 tempoh kehamilan)
v. Kematian bayi (di dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
ü Takaful Puteri Plus Sahaja – RM10,000
· Penyakit Kongenital bayi
i. Sindrom Down
ii. Kecacatan Septum Ventrikel
iii. Kecacatan Septum Atrial
iv. Spina Bifida
v. Lelangit Rekah dengan Lupus Nefritis
ü Takaful Puteri Plus Sahaja – RM20,000
Nota : Manfaat penjagaan Wanita - Boleh dituntut hanya sekali didalam tempoh hayat seseorang peserta.
Manfaat Penjagaan Ibu - Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta. Boleh dituntut hanya selepas satu (1) tahun daripada tarikh sijil takaful atau pada tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput)
Penyakit Kongenital Bayi - Boleh dituntut sekiranya bayi tersebut dapat bertahan lebih 30 hari selepas kelahiran dan diberi diagnosis di dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.
Siapakah Yang Layak Untuk Takaful Puteri
Peserta wanita yang mempunyai Pelan Takafulink yang sedia ada adalah layak untuk memohon rider Takaful Puteri ini.
Takaful Puteri
Berumur di antara 19 dan 60 tahun pada tarikh lahir akan dating
· Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun.
· Sekiranya anda ingin menerima perlindungan sehingga umur 60 tahun, umur anda mesti diantara 19 dan 50 tahun.
Takaful Puteri Plus
· Berumur di antara 19 dan 40 tahun pada tarikh lahir akan datang
· Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 dan 80 tahun
· Manfaat-manfaat Penjagaan Ibu dibayar sehingga umur 50 tahun sahaja.
Apakah bayaran yang dikenakan?
Tabarru’
· Jumlah yang rela dilepaskan oleh peserta untuk membantu menyumbang kepada manfaat semua peserta yang layak mendapat manfaat.
· Dana tabungan untuk tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta dan digunakan untuk membantu semua peserta yang ditimpa kesusahan.
· Dikenakan setiap bulan berasaskan usia, jantina, tabiat merokok dan jumlah dilindungi.
Caj Pengurusan Risiko
· 30% daripada Jumlah Kasar Tabarru’
· Untuk pengurusan risiko Dana Tabarru’
· Ditolak dari Tabarru’ setiap bulan
**Yuran dan bayaran mungkin dikenakan dari masa ke semasa dengan memberikan notis 90 hari.
Perkongsian Lebihan
Setiap peserta adalah berhak berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’ akan diagihkan kepada peserta-peserta dengan mengkreditkan semula ke dalam ISA mereka dan membeli lebihan unit dalam PUA, manakala keuntungan pelaburan akan dikongsi diantara peserta-peserta dan syarikat sebanyak 70% dan 30% masing-masing.
Apakah Pengecualian Tersebut?
Pengecualian umum tersebut ialah :-
Manfaat Penyakit Wanita
· Kecederaan yang disengajakan
· Peperangan, rusuhan, pemogokan atau kekacauan awam
· AIDS atau kehadiran sebarang jangkitan HIV
· Alkohol atau penyalahgunaan bahan/ketagihan
· Sebarang pelanggaran atau percubaan melanggar undang-undang atau menentang percubaan penangkapan
· Sebarang pembedahan elektif, kosmetik atau pembedahan plastic (melainkan diperlukan akibat kecederaan dari kemalangan atau penyakit)
· Sukan profesional, sebarang jenis perlumbaan, penyelaman scuba, aktiviti-aktiviti sukan udara dan mana-mana aktiviti atau sukan yang merbahaya,
Yang boleh digunakan untuk Komplikasi Kehamilan dan penyakit Kongenital Bayi sahaja adalah:-
· Sebarang kehamilan akibat daripada rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan in-vitro
· Pilihan menamatkan kehamilan selain daripada sebab-sebab perubatan.
Tempoh Hidup
Manfaat-manfaat hanya akan dibayar dengan syarat :
· Orang yang dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah Manfaat Penjagaan wanita atau kategori Pertama Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
· Anak kepada orang yang dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit dibawah Kategori Kedua Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
Tempoh Menunggu
Takaful Puteri boleh dibayar pada kejadian pertama penyakit masing-masing, dan symptom pertama boleh kelihatan selepas tempoh menunggu seperti yang ditetapkan oleh jadual dibawah. Tempoh menunggu bermula dari tarikh Sijil Takaful atau tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput)
Glosari Penyakit wanita
Kami telah melampirkan satu deskripsi ringkas mengenai beberapa keadaan yang diliputi untuk memberi anda pengalaman yang lebih jelas terhadap penyakit-penyakit ini. Definisi ini adalah hanya satu contoh ringkas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk dokumen sijil.
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
Satu penyakit di mana badan mengeluarkan antibodi-antibodi yang memusnahkan sistem kolagen badan (seperti kulit, tulang, ligamen dan rawan). Perlindungan adalah terhad kepada keadaan yang melibatkan buah pinggang.
Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks
Keadaan sebelum kanser di mana kanser berkumpul dalam payudara/uteri serviks dan tidak tersebar ke bahagian yang lain
Penyebaran Penggumpulan Intravaskular
Satu penyakit darah dengan pendarahan/pembekuan yang mengancam nyawa. ia memerlukan rawatan plasma dan platelet. Perlindungan hanya akan diberi sekiranya keadaan muncul setalah 7 bulan mengandung.
Kehamilan Luar Rahim
Kehamilan yang berlaku di luar uterus (rahim).
Sindrom Down
Satu penyakit genetik di mana kanak-kanak dilahirkan dengan ciri-ciri fizikal tertentu dan keperluan-keperluan khas.
Kecacatan Septum Ventrikel
satu penyakit jantung kongenital (wujud sejak kelahiran) yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara bahagian bawah kiri dan kanan ruang jantung.
Kecacatan Septum Atrial
Satu penyakit jantung kongenital yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara ruang kiri dan kanan jantung
Spina Bifida
Satu pembukaan di dalam tulang belakang yang dapat dilihat semenjak kelahiran, disebabkan oleh kekurangan penyatuan vertebra. Ia mengakibatkan masalah saraf di bahagian bawah badan (pinggul dan kaki)
Lelangit Rekah
Satu rekahan kongenital lelangit yang biasa dikaitkan dengan bibir kiri. Pembayaran hanya akan dibuat untuk kes-kes lelangit rekah, atau lelangit rekah dan bibir rekah. Tuntutan untuk bibir rekah saja ti dibenarkan.
Rider Takaful Puteri adalah produk mematuhi Syariah
Nota: Ini hanya memberikan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat, sila rujik dokumen sijil anda.
PENAFIAN : Anda hendaklah memastikan bahawa produk ini sebaik-baiknya menepati keperluan anda dan sumbangan yang perlu dibayar dibawah sijil ini adalah jumlah yang mampu anda bayar.
Wednesday, April 6, 2011
Takaful Saver
Takaful Saver
Takaful saver ialah menabung untuk kesejahteraan masa depan
Hari ini menabung sedikit, esok pula hasilnya membukit
Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini. Seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara awal. Jadi takaful saver ini memainkan peranan yang amat penting.
Rider pelaburan Takaful saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melaburkan terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda.
Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksibel untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.
Bagaimana Takaful Saver Dikendalikan?
Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.
- Caruman tetap minimum : RM10.00 sebulan
- Caruman tetap maksimum : (Caruman tahunan Takafulink) 5x
Penambahan Caruman
Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.
- Penambahan minimum : RM1,000
- Penambahan maksimum : Tiada Had
Memandangkan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk pelaburan dan simpanan.
Nota :
- 5% lagi diperuntukan untuk yuran Wakalah bagi komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.
- Caruman Takaful Saver adalah berasingan sama sekali dengan Takafulink.
- Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh & kekal (HUPK) atau Sijil mencapai tarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada para peserta.
Manfaat Tambahan
Takaful Saver Contributor : Membayar caruman tetap kepada orang dilindungi Takaful Saver sekiranya orang dilindungi menghidap penyakit kritikal.
Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor : Sekiranya ibu bapa atau pasangan orang dilindungi meninggal dunia, mengalami HUPK atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu caruman kepada pelan Takaful orang dilindungi di masa hadapan.
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila orang dilindungi meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.
Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver?
Mana-mana peserta dan / atau pencarum pelan Takafulink.
Bagaimana dana anda diuruskan?
Caruman tetap Takaful Saver akan diuruskan mengikut arah pelaburan yang dinyatakan di dalam pelan Takafulink anda sebelum ini.
Penambahan caruman tunggal pada satu-satu masa boleh dibuat ke dalam Dana Takafulink pilihan anda.
Dana-dana Takafulink berlandaskan Syariah yang disediakan ialah :
Takafulink Dana Ekuiti
- Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang berlandaskan Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia.
- Untuk para peserta yang mampu menghadapi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
Takafulink Dana Bon
- Bertujuan memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah.
- Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko yang rendah hingga pertengahan serta berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.
Takafulink Dana Urus
- Dana diuruskan yang bertujuan memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah menerusi Takafulink Dana Bon dan mana-mana dana Takafulink sedemikian yang ditawarkan di masa hadapan.
- Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko sederhana hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.
Nota :
- Prestasi lepas bagi suatu Dana tidak boleh dianggap sebagai petunjuk bagi prestasi di masa hadapan.
- Harga bagi suatu unit mungkin naik dan turun, dan prestasi suatu Dana tidak dijamin.
- Nilai bagi suatu Dana mungkin lebih rendah dari jumlah sumbangan dan bergantung kepada prestasi sesuatu aset.
Apakah bayaran yang dikenakan*?
Yuran Pertukaran Dana
- Satu pertukaran percuma setiap tahun.
- Yuran sebanyak 1% (maksimum sebanyak RM50) akan dikenakan untuk pertukaran tambahan, dalam tempoh setahun tersebut.
Yuran Wakalah Pengurusan Aset:
Takafulink Dana Bon 0.5% setahun
Takafulink Dana Ekuiti 1.5% setahun
Takafulink Dana Urus 1.3% setahun
(Tertakluk kepada semakan pada masa hadapan)
Yuran dikenakan setiap hari berasaskan nilai dana PUA sewajarnya dan diperlihatkan dalam harga unit.
Yuran Wakalah Hadapan
- Untuk komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan
*Yuran dan caj mungkin berbeza dari masa ke semasa dengan memberi notis 90 hari.
Semua Dana Takafulink dilaburkan di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah. Rangkaian produk Takafulink adalah selaras dengan tuntutan Syariah.
Penting:
Info ini hanya memberikan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat terma dan syarat, sila rujuk dokumen Sijil anda.
Penafian :
Anda hendaklah memastikan bahawa produk ini sebaik-baiknya menepati keperluan anda dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang mampu anda bayar.
Takaful Saver adalah satu pelan yang menjamin masa hadapan.
Tuesday, March 29, 2011
Takafulink Cerdik
TAKAFULINK CERDIK
Mulakan langkah pertama untuk aspirasi anak-anak anda.
Pastikan mereka memiliki masa depan yang gemilang.
PELAN TAKAFULINK (4 dalam 1)
Mulakan langkah pertama untuk aspirasi anak-anak anda.
Pastikan mereka memiliki masa depan yang gemilang.
PELAN TAKAFULINK (4 dalam 1)
- Perlindungan
- Kad Perubatan
- Elaun Hospital / pembedahan
- Dana Simpanan / Pelaburan
Pelan Takafulink Cerdik adalah sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.
Kini anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda, pendidikan dan perlindungan dalam satu pelan kombinasi inovatif yang unik.
Thursday, February 24, 2011
Insurans Takaful
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat datang ke Blog Insurans Takaful ini memberikan maklumat apakah produk yang bersesuaian untuk anda dan keluarga anda. Siapakah yang tidak suka sihat daripada gejala penyakit kritikal. Lebih-lebih lagi sekarang ni bermacam-macam penyakit dizaman kita sekarang ni. Yang paling banyak sekali penyakit-penyakit tentang Kanser, Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan pelbagai lagi penyakit yang kritikal. Punca-punca utama penyakit kritikal ialah yang paling utama sekarang ni adalah berpunca daripada permakanan kita yang kita makan sehari-harian kita. Faktor yang lain mungkin dari keturunan dan sebagainya. Fakta penting daripada 36 jenis PENYAKIT KRITIKAL ialah :-
(Contoh: Sakit Jantung / Kanser / Stroke)
- 66% dari penghidap meninggal dunia
- Lebih 50% diserang pada usia lingkungan antara 30 - 45 tahun
- 1 dari 4 rakyat Malaysia berisiko Kanser
We understand, we care
Takafulink
KONSEP TAKAFUL
Insurans Takaful ialah satu konsep saling membantu yang berdasarkan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan berasaskan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu peserta tersebut serta peserta-peserta lain pada masa yang diperlukan.
3 MANFAAT UTAMA
1. Manfaat asas Takaful
- Kematian 9. Tanggungan Bil Kemalangan
- Penyakit Kritikal 36/plus 10. Khairat Kematian
- Lumpuh Kekal 11. Rebat Cukai Pendapatan
- Elaun Lumpuh Kekal 12. Pengecualian Sumbangan / Free jika
- Pampasan Kemalangan a. Kena 36 jenis penyakit kritikal*
- Elaun Cuti Kemalangan b. Hilang upaya kekal*
- Elaun Harian Wad (pasangan / ibu / bapa)
- Elaun Harian Icu c. Kematian - (pasangan / ibu / bapa)
2. SIMPANAN & PELABURAN
(Dana-dana Amanah)
- Pelaburan Berlandaskan Syariah
- Kadar Pulangan Yang Tinggi
- Dana Pelaburan Boleh Ditukar Pada Bila-bila Masa
- Boleh Menambah & Mengeluarkan Dana Pelaburan Pada Bila-bila Masa.
- Melabur Untuk Dana Pendidikan Anak / Persaraan Anda
3. KAD PERUBATAN
(Lifetime Coverage - max 70/80 tahun)
Jadual Medical Card
Nota : Ko takaful bersama adalah persetujuan perkongsian kos di mana pemegang sijil akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Baki kos dibayar oleh pihak Pengendali Takaful
- Dengan / Tanpa Had Tahunan
- Kebebasan Memilih Hospital-hospital & Doktor-doktor
- Perlindungan 24 jam Di Seluruh Dunia
- Jadual Pembedahan Tanpa Sekatan
- Manfaat Yang Termasuk Cukai Perkhidmatan
- Rawatan Sebelum Masuk (30 hari) & Keluar (90 hari) Hospital
- Penjagaan Jururawat Dirumah (180 hari)
- Pembedahan Balik Hari
- Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Untuk Kemalangan
- Bantuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa & Tempatan
- Tanpa Had Pengecualian / Limit Penggunaan Kad
- NO CLAIMS BONUS
- Had Tahunan Keseluruhan diantara RM50k hingga RM150k (pakej apa yang anda pilih)
- Had Seumur Hidup Diantara RM500k hingga RM1.5Mil (pakej apa yang anda pilih)
- Elaun Hospital dan pembedahan
SENARAI PANEL HOSPITAL
Kuala Lumpur
1. Pantai Cheras Medical Centre (website)
2. Sentosa Medical Centre
3. Pantai Indah Medical Centre
4. Tung Shin Hospital
6. Gleneagles Hospital
7. Tawakal Hospital (website)
8. Pantai Hospital Kuala Lumpur
9. Institut Jantung Negara
Selangor
1. Assunta Hospital (website)
2. Subang Jaya Medical Centre (website)
3. Sri Kota medical Centre
4. KPJ Kajang Specialist Hospital
5. Sunway Medical Centre
6. KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
7. KPJ Damansara Specialist Hospital
8. Columbia Asia Medical Centre Puchong (website)
9. Pantai Hospital Klang
10. KPJ Selangor Specialist Hospital
11. DEMC Specialist Hospital
Johor
1. Medical Specialist Hospital (JB) Sdn Bhd
2. Pusat Pakar Kluang Utama
3. Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
4. KPJ Johor Specialist Hospital
5. Puteri Specialist Hospital
6. Hospital Pantai Batu Pahat
7. Kempas Medical Centre
8. Hospital Penawa
Kedah
1. Metro Specialist Hospital
2. Kedah Medical centre
3. Hospital Pantai Utara Sg. Petani
Kelantan
1. Hospital Universiti Sains Malaysia
2. Perdana Specialist Hospital
3. Kota Bharu Medical Centre,Melaka
1. Hospital Pantai Ayer Keroh
2. Mahkota Medical Centre
Negeri Sembilan
1. Columbia Asia Medical Centre, Seremban
2. N.S Chinese Maternity Medical Centre
3. Nilai Cancer Institute
4. Seremban Specialist Hospital
5. Senawang Specialist Hospital
Perak
1. Pantai Putri, Ipoh
2. Apollo Medical Centre
3. Fatimah Hospital
4. Ipoh Specialist Hospital
5. Columbia Asia Medical Centre, Taiping
Pulau Pinang
1. Bagan Medical Centre
2. Pantai Mutiara Hospital
3. Gleneagles Medical Centre
4. Penang Adventist Hospital
5. Lam Wah Ee Hospital
6. Tanjung Medical Hospital
7. Hope Children Hospital
8. Hope Children Hospital (Sg Ara)
9. Hope Children Hospital (Farlim)
10. Loh Guan Lye Specialist Centre
11. Island Hospital
12. KPJ Penang Specialist Hospital
Pahang
1. Kuantan Medical Centre
2. Kuantan Specialist Hospital, Terengganu
1. Kuala Terengganu Specialist Hospital
Sabah
1. Sabah Medical centre
2. Rafflesia Medical Centre
3. Damai Specialist Hospital
Sarawak
1. Normah Medical Specialist Centre
2. Rejang Medical centre
3. Sibu Specialist Medical Centre
4. Timberland Medical centre
5. Columbia Asia Medical Centre Miri
6. Kuching Specialist Hospital
Subscribe to:
Posts (Atom)