Hayatilah hidup anda hari ni dengan kebebasan sepenuhnya.
Penghargaan kepada Kaum Wanita
Peranan anda sebagai seorang anak, isteri, atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.
Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.
Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung kepada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.
Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.
Memperkenalkan Takaful Puteri
Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita. Rider ini boleh dikaitan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang istimewa:
- Takaful Puteri - Pelan ini memberi andan perlindungan terhadap pelbagai penyakit2 yang dihadapi oleh kaum wanita.
- Takaful Puteri Plus - Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.
Kami menyediakan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan anda.
Takaful Puteri & Pelan 1 Pelan 2 Pelan 3
Takaful Puteri Plus .Jumlah Dilindungi 50,000 100,000 150,000
bagi tempoh Hayat .
Setiap tuntutan akan mengurangkan Jumlah dilindungi bagi tempoh hayay. Apabila Jumlah Dilindungi bagi tempoh hayat ini telah digunakan sepenuhnya, Takaful Puteri akan terhenti.
1. Takaful Puteri
A. Manfaat Penjagaan Wanita
- Kanser berkaitan Wanita/Lupus Sistemik Eritematosus ( SLE) dengan Lupus Nefritis - Kanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopio, Ovari, Uterus, dan Faraj/Vulva ATAU Lupus Eritematosus Sistemik dangan Lupus Nefritis.
- Pelan Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus – 100% daripada jumlah dilindungi bagi tempoh hayat
- Karsinoma-In-Situ Payudara atau Uteri Serviks - Sekiranya anda didiagnosiskan menghidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% dari jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat.
- Pelan Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus – 30% daripada jumlah dilindungi bagi tempoh hayat
- Perlindungan bagi mana-mana kejadian dibawah
i. Artritis Reumatoid dengan Keumitan
ii. Pembedahan Rekonstruksi Muka akibat kemalangan
iii. Pemindahan Kulit akibat kelecuran
iv. Pemindahan Kulit akibat Kanser Kulit
v. Keretakan Osteoporotik pinggul/vertebra
vi. Pembedahan Rekonstruksi Payudara akibat kanser Payudara
- Pelan Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus – 30% daripada Jumlah dilindungi Sepanjang Hayat
B. Manfaat Penjagaan Ibu
· Komplikasi kehamilan
i. Penyebaran Penggumpulan Intravaskular (selepas 7 bulan mengadung)
ii. Kehamilan Luar Rahim
iii. Keguguran pada hujung Kehamilan (dari hari 126 ke hari 196 tempoh kehamilan)
iv. Kematian Janin (selepas hari ke-196 tempoh kehamilan)
v. Kematian bayi (di dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
ü Takaful Puteri Plus Sahaja – RM10,000
· Penyakit Kongenital bayi
i. Sindrom Down
ii. Kecacatan Septum Ventrikel
iii. Kecacatan Septum Atrial
iv. Spina Bifida
v. Lelangit Rekah dengan Lupus Nefritis
ü Takaful Puteri Plus Sahaja – RM20,000
Nota : Manfaat penjagaan Wanita - Boleh dituntut hanya sekali didalam tempoh hayat seseorang peserta.
Manfaat Penjagaan Ibu - Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta. Boleh dituntut hanya selepas satu (1) tahun daripada tarikh sijil takaful atau pada tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput)
Penyakit Kongenital Bayi - Boleh dituntut sekiranya bayi tersebut dapat bertahan lebih 30 hari selepas kelahiran dan diberi diagnosis di dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.
Siapakah Yang Layak Untuk Takaful Puteri
Peserta wanita yang mempunyai Pelan Takafulink yang sedia ada adalah layak untuk memohon rider Takaful Puteri ini.
Takaful Puteri
Berumur di antara 19 dan 60 tahun pada tarikh lahir akan dating
· Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun.
· Sekiranya anda ingin menerima perlindungan sehingga umur 60 tahun, umur anda mesti diantara 19 dan 50 tahun.
Takaful Puteri Plus
· Berumur di antara 19 dan 40 tahun pada tarikh lahir akan datang
· Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 dan 80 tahun
· Manfaat-manfaat Penjagaan Ibu dibayar sehingga umur 50 tahun sahaja.
Apakah bayaran yang dikenakan?
Tabarru’
· Jumlah yang rela dilepaskan oleh peserta untuk membantu menyumbang kepada manfaat semua peserta yang layak mendapat manfaat.
· Dana tabungan untuk tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta dan digunakan untuk membantu semua peserta yang ditimpa kesusahan.
· Dikenakan setiap bulan berasaskan usia, jantina, tabiat merokok dan jumlah dilindungi.
Caj Pengurusan Risiko
· 30% daripada Jumlah Kasar Tabarru’
· Untuk pengurusan risiko Dana Tabarru’
· Ditolak dari Tabarru’ setiap bulan
**Yuran dan bayaran mungkin dikenakan dari masa ke semasa dengan memberikan notis 90 hari.
Perkongsian Lebihan
Setiap peserta adalah berhak berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’ akan diagihkan kepada peserta-peserta dengan mengkreditkan semula ke dalam ISA mereka dan membeli lebihan unit dalam PUA, manakala keuntungan pelaburan akan dikongsi diantara peserta-peserta dan syarikat sebanyak 70% dan 30% masing-masing.
Apakah Pengecualian Tersebut?
Pengecualian umum tersebut ialah :-
Manfaat Penyakit Wanita
· Kecederaan yang disengajakan
· Peperangan, rusuhan, pemogokan atau kekacauan awam
· AIDS atau kehadiran sebarang jangkitan HIV
· Alkohol atau penyalahgunaan bahan/ketagihan
· Sebarang pelanggaran atau percubaan melanggar undang-undang atau menentang percubaan penangkapan
· Sebarang pembedahan elektif, kosmetik atau pembedahan plastic (melainkan diperlukan akibat kecederaan dari kemalangan atau penyakit)
· Sukan profesional, sebarang jenis perlumbaan, penyelaman scuba, aktiviti-aktiviti sukan udara dan mana-mana aktiviti atau sukan yang merbahaya,
Yang boleh digunakan untuk Komplikasi Kehamilan dan penyakit Kongenital Bayi sahaja adalah:-
· Sebarang kehamilan akibat daripada rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan in-vitro
· Pilihan menamatkan kehamilan selain daripada sebab-sebab perubatan.
Tempoh Hidup
Manfaat-manfaat hanya akan dibayar dengan syarat :
· Orang yang dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah Manfaat Penjagaan wanita atau kategori Pertama Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
· Anak kepada orang yang dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit dibawah Kategori Kedua Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
Tempoh Menunggu
Takaful Puteri boleh dibayar pada kejadian pertama penyakit masing-masing, dan symptom pertama boleh kelihatan selepas tempoh menunggu seperti yang ditetapkan oleh jadual dibawah. Tempoh menunggu bermula dari tarikh Sijil Takaful atau tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput)
Glosari Penyakit wanita
Kami telah melampirkan satu deskripsi ringkas mengenai beberapa keadaan yang diliputi untuk memberi anda pengalaman yang lebih jelas terhadap penyakit-penyakit ini. Definisi ini adalah hanya satu contoh ringkas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk dokumen sijil.
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
Satu penyakit di mana badan mengeluarkan antibodi-antibodi yang memusnahkan sistem kolagen badan (seperti kulit, tulang, ligamen dan rawan). Perlindungan adalah terhad kepada keadaan yang melibatkan buah pinggang.
Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks
Keadaan sebelum kanser di mana kanser berkumpul dalam payudara/uteri serviks dan tidak tersebar ke bahagian yang lain
Penyebaran Penggumpulan Intravaskular
Satu penyakit darah dengan pendarahan/pembekuan yang mengancam nyawa. ia memerlukan rawatan plasma dan platelet. Perlindungan hanya akan diberi sekiranya keadaan muncul setalah 7 bulan mengandung.
Kehamilan Luar Rahim
Kehamilan yang berlaku di luar uterus (rahim).
Sindrom Down
Satu penyakit genetik di mana kanak-kanak dilahirkan dengan ciri-ciri fizikal tertentu dan keperluan-keperluan khas.
Kecacatan Septum Ventrikel
satu penyakit jantung kongenital (wujud sejak kelahiran) yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara bahagian bawah kiri dan kanan ruang jantung.
Kecacatan Septum Atrial
Satu penyakit jantung kongenital yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara ruang kiri dan kanan jantung
Spina Bifida
Satu pembukaan di dalam tulang belakang yang dapat dilihat semenjak kelahiran, disebabkan oleh kekurangan penyatuan vertebra. Ia mengakibatkan masalah saraf di bahagian bawah badan (pinggul dan kaki)
Lelangit Rekah
Satu rekahan kongenital lelangit yang biasa dikaitkan dengan bibir kiri. Pembayaran hanya akan dibuat untuk kes-kes lelangit rekah, atau lelangit rekah dan bibir rekah. Tuntutan untuk bibir rekah saja ti dibenarkan.
Rider Takaful Puteri adalah produk mematuhi Syariah
Nota: Ini hanya memberikan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat, sila rujik dokumen sijil anda.
PENAFIAN : Anda hendaklah memastikan bahawa produk ini sebaik-baiknya menepati keperluan anda dan sumbangan yang perlu dibayar dibawah sijil ini adalah jumlah yang mampu anda bayar.
No comments:
Post a Comment